Assalamualaikum....

Ada yang panggil simpack SKMM je, ada yang panggil prepaid SKMM, broadband 1Malaysia la dan macam2 lagilah. Tak kisahlah sebab simkad prepaid ni memang line Celcom pun, cuma programnya di bawah SKMM(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Kenalah dengan konsep 1Malaysia yang negara kita amalkan, tu nama dia 1Malaysia kot.

Aku start guna prepaid broadband ni pada 12 Januari 2012 yang lalu. Bulan pertama memang free lepas dah aktifkan. 10 Februari 2012 aku dapat mesej daripada celcom yang menyatakan service akan tamat pada 11 Februari 2012. Daripada pembacaan aku, selagi boleh connect guna je walaupun dah lebih daripada tarikh sepatutnya expired. Kalau dah tak boleh connect tu baru topup dan aktifkan.

12 Februari try connect dah tak boleh. Maknanya dah kena topuplah tu. Tapi disebabkan kemalasan nak cari topup biarkan je dulu. 13 Februari baru rajinkan diri singgah kedai runcit cari topup. Aku beli topup celcom RM10 dua keping dan RM5 sekeping.

Keluarkan simkad daripada modem masukkan dalam henpon dan topup macam biasa je. Sape tak ingat nak topup celcom macam mana meh nak ajar. Tekan *111*masukkan 14 digit no topup#. Contoh: *111*3452348901243245#.  Kalau nak taip sms pun boleh tapi time aku buat sampai mesej arahan tidak sah. Senang cite masuk dalam henpon jelah.

Lepas tu pindah semula ke modem dan taip BROADBAND SKMM hantar kat 28882. Akan dapat mesej " Enjoy 30days of unlimited usage @ only RM25.To confirm yr subscription, type Broadband Yes & send to 28882.RM25 will be charged to yr account upon confirmation"

Lepas dapat mesej tu taip BROADBAND YES dan hantar ke 28882. Pastu akan dapat mesej macam ni "Your service is now activated. Fee:RM25, expires on 14/03/2012 16:03. To check status, type Broadband Status & send to 28882"

Apa lagi connect jelah macam biasa....:)

Entry Berkaitan:
Celcom Broadband 1Malaysia
Celcom Broadband 1Malaysia Cekik Darah?
Celcom Broadband 1Malaysia(1)
Kejap OK Kejap KO
Terus KO
Celcom Broadband 1Malaysia(2)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Web Analytics